Sunday, 16 December 2012

HIMPUNAN HADIS



ASSLAMUALAIKUM....

Hari ini ANA ingin share mengenai himpunan hadis pula...ana harap ia akn berguna dn tidak bercanggah dengan al-quran mahupun hadis....sekiranya ia bercanggah tlglah tegur ana yer...syukran.....WAALLAHUALLAM
  • "Barangsiapa yang sering beristighfar (mengucapkan Astaghfirullah al 'adhim) maka Allah akan memberikan ia jalan keluar daripada sebarang kesulitan, dan Allah memberikan penyelesaian dari sebarang masalah dan Allah akan memberi dia rezeki yang dia tidak sangka-sangka." 
(Hadis riwayat Abu Dawud)

  • Jangan Kedekut Memberi Ilmu

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.” Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi.


  • Menjauhi Perbuatan Yang Mendatangkan Bahaya
Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya syaitan ada baginya bisikan ke hati anak Adam, dan Malaikat juga ada bisikannya; ada pun bisikan syaitan itu ialah galakannya supaya seseorang melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran, dan bisikan Malaikat pula ialah galakannya supaya seseorang mengamalkan kebaikan dan meyakini kebenaranya; oleh itu sesiapa yang terasa bisikan yang baik, maka hendaklah ia mengetahui bahawa perkara itu dari Allah, serta hendaklah ia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang terasa bisikan yang satu lagi maka hendaklah ia meminta perlindungan Allah dari angkara syaitan."

 
Ibn Mas'ud r.a

  • Al-quran Sebagai Pemberi Syafaat Di Hari Akhirat
Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.”

 
Riwayat Muslim

No comments:

Post a Comment